NILAI, 26 OGOS: Dua pingat emas yang dimenangi pada hari pertama Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan di Velodrom Nasional, di sini, hari ini menjadi pembakar semangat untuk Mohd Azizul Hasni Awang melakar keputusan positif dalam beberapa kejohanan selepas ini.